Saturday, March 20, 2010

Salam perkenalan


Blog terbaru. Yang amat bersesuaian dengan kajian PhD yang sedang saya jalankan sekarang. Mengurangkan sampah (waste minimization) merupakan skop kajian PhD saya. Biarpun begitu, blog ini bukanlah semata-mata untuk membantu proses mengumpul data nanti, malah blog ini bertujuan untuk mendidik (termasuklah diri saya) masyarakat umum untuk menguruskan sampah domestik (di rumah), kerana biarpun selama ini kita percaya bahawa walaupun sampah kita sendiri yang menghasilkannya tetapi seringkali menjadi tanggungjawab pihak lain untuk menguruskannya.

Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mungkin pendapat dari pembaca untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang kreatif dan inovatif yang boleh kita lakukan sendiri di rumah untuk mengurangkan jumlah sampah berakhir di tempat pembuangan sampah.

Insya Allah, akan saya kongsikan juga teknik yang saya sendiri lakukan (secara cuba-cuba dan masih di peringkat penyelidikan), fakta-fakta yang saya kutip sepanjang pembacaan saya selama setahun, foto-foto hasil kembara sampah saya sejak tahun 2004 dan banyak lagi yang mendatang.

Semoga blog ini dapat membantu saya untuk menyiapkan tesis PhD saya, dan turut bermanfaat kepada pengunjung yang berminat dengan isu pengurusan sampah di Malaysia. Insya Allah.