
Beberapa projek telah dirancang. Menunggu masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Perbincangan awal telah diadakan antara kami dari universiti dengan barisan guru dan pengetuai SMAP Labu minggu lepas.
Harapan menggunung dari persefahaman ini adalah untuk melahirkan seberapa ramai pelajar yang akan menjuarai hal-hal berkaitan dengan lestari alam. Mengambil konsep yang dikemukakan oleh Malcolm Gladwell menerusi bukunya The Tipping Point.