Thursday, January 6, 2011

Salam Tahun Baru

Sudah seminggu kita di 2011. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan matlamat mengurangkan sampah dalam masyarakat kita. Terutamanya mengurangkan peratusan sampah dibuang terus ke tapak pelupusan sampah.

Mengikut kajian saya, JICA menganggarkan 15.7 juta ton sampah akan dihasilkan di Malaysia menjelang 2020. Bayangkanlah sampah sejumlah itu sekiranya tidak diuruskan dengan baik, tentunya akan mendatangkan banyak masalah kepada masyarakat.

Terutamanya apabila masyarakat melepas tangan kepada pihak berwajib semata-mata untuk menguruskan sampah yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Padahal sekiranya ia diuruskan di peringkat rumah kita sendiri, ia akan dapat mengurangkan hampir 80% sampah daripada memasuki tapak pelupusan sampah.

Malah ia dapat menjana 3-5% kepada pendapatan sampingan isi rumah.

2011 menjadi matlamat saya untuk memperhebatkan lagi usaha kesedaran mengurus sampah dengan baik, Insya Allah.

1 comment:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete