Saturday, March 20, 2010

Salam perkenalan


Blog terbaru. Yang amat bersesuaian dengan kajian PhD yang sedang saya jalankan sekarang. Mengurangkan sampah (waste minimization) merupakan skop kajian PhD saya. Biarpun begitu, blog ini bukanlah semata-mata untuk membantu proses mengumpul data nanti, malah blog ini bertujuan untuk mendidik (termasuklah diri saya) masyarakat umum untuk menguruskan sampah domestik (di rumah), kerana biarpun selama ini kita percaya bahawa walaupun sampah kita sendiri yang menghasilkannya tetapi seringkali menjadi tanggungjawab pihak lain untuk menguruskannya.

Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mungkin pendapat dari pembaca untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang kreatif dan inovatif yang boleh kita lakukan sendiri di rumah untuk mengurangkan jumlah sampah berakhir di tempat pembuangan sampah.

Insya Allah, akan saya kongsikan juga teknik yang saya sendiri lakukan (secara cuba-cuba dan masih di peringkat penyelidikan), fakta-fakta yang saya kutip sepanjang pembacaan saya selama setahun, foto-foto hasil kembara sampah saya sejak tahun 2004 dan banyak lagi yang mendatang.

Semoga blog ini dapat membantu saya untuk menyiapkan tesis PhD saya, dan turut bermanfaat kepada pengunjung yang berminat dengan isu pengurusan sampah di Malaysia. Insya Allah.

2 comments:

  1. Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan memakai lampin pakai buang, boleh beralih ke lampin kain moden (cloth diaper). Kurangkan pembuangan lampin pakai buang yang sukar nak dikitar semula. Kirin, baguih kajian ni. Boleh selamatkan dunia dari sampah sarap yang menimbun!

    ReplyDelete
  2. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete