Sunday, August 22, 2010
Status kajian
Kajian saya sedang memasuki era kepeningan. Sedang pening memikirkan Research Design sebelum melangkah masuk dengan lebih bergaya untuk merekabentuk Research Methodology.
Apa-apa pun kajian mengenai sampah ini semakin hari semakin menarik.
Seminggu dua ini saya banyak meluangkan masa di padang kajian. Saya sempat memberikan satu ceramah percuma kepada pelajar-pelajar Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Menengah Sungai Pusu mengenai Sampah: Keburukan dan kepentingannya dengan memfokuskan kepada hands-on penyediaan baja kompos dari sampah basah dapur.
Juga sempat meluangkan masa di mesyuarat perkampungan Muafakat (KL) dengan para pelajar UIA yang sedang membuat kajian mereka mengenai Rancangan Khas Kawasan (RKK) di perkampungan tersebut. Salah-satu isu terpenting yang disuarakan oleh penduduk Muafakat ialah mengenai sampah, cara pengoperasian pengangkutan sampah dan kaedah-kaedah membaikinya.
Dalam pada itu kajian saya sendiri sedang memasuki ruang ilmu sains perilaku. Kerana saya percaya, untuk menyelesaikan masalah sampah di negara kita, kesedaran masih menjadi kunci utama kejayaan atau kegagalan apa-apa usaha kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment